Muzik telah disahkan secara kajian saintifik sebagai alat berkesan untuk terapi muzik. Muzik adalah bermanfaat bagi sesiapa sahaja, secara fizikal dan mental.
Secara umumnya, muzik diperakui menambah baik kadar degupan jantung, mengurangkan keresahan, merangsang otak dan meningkatkan daya pembelajaran. Saintis dan pakar perubatan menggunakan muzik untuk mencari penawar kepada penyakit Alzheimer.
Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi dimana getaran bunyi bergetar pada tahap yang berbeza-beza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan.